MENU
PROGRAM SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG
 
Perihatin dengan nasib golongan ibu tunggal yang terjejas akibat pandemik COVID-19, Majlis Perbandaran Pengerang telah mengadakan Program Sumbangan Kepada Ibu Tunggal di kawasan DUN Penawar dan DUN Tanjung Surat, hari ini. Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Yang Dipertua MPP, Tuan Fizwan bin Dato' Haji Mohd Rashidi.
Turut hadir, Yang Berhormat Dato' Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain, ADUN Penawar; Yang Berhormat Dato' Ir Syed Sis bin Syed A. Rahman, ADUN Tg. Surat; Tuan Haji Ghazali bin Abas, Ketua Whip MPP serta Ahli-ahli Majlis MPP, En. Norshamsul bin Mohamed; Tuan Syed Ben Bella Alhabshee; En. Abdul Hadi bin Sydee; En. Aznan bin Tamin dan Puan Fauziah binti Misri.
Majlis ringkas dan mengikut SOP yang telah ditetapkan itu menyumbang kepada 100 orang ibu tunggal berupa barangan keperluan asas dan wang tunai RM100 setiap seorang.
Diharapkan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.