CUKAI TAKSIRAN
Cukai Harta adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pengerang (MPPENGERANG) mengikut kuasa yang diberikan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kawasan pentadbiran adalah merangkumi lima (5) mukim iaitu Pengerang, Pantai Timur, Tanjung Surat, Sedili Kechil dan Johor Lama.