Logo Majlis Perbandaran Pengerang memperlihatkan visi, misi dan komitmen organisasi sebagai sebuah badan korporat yang kukuh dan berwibawa.
Rasional Logo
Tulisan Jawi: Melambangkan keperibadian teguh dan kegemilangan bangsa Melayu.
Peta Negeri Johor: Menunjukkan Majlis Perbandaran Pengerang berada dalam jajahan takluk negeri Johor Darul Ta'zim.
Unsur dalam logo: Melambangkan falsafah dan aktiviti Majlis Perbandaran Pengerang.
Warna Merah dan Biru: Adalah warna-warna Negeri Johor.
Warna Emas: Melambangkan ketegasan, integriti, kestabilan dan semangat yang tidak mudah luntur.
Warna Hijau: Melambangkan pengekalan alam sekitar.
Warna Biru: Melambangkan kecemerlangan pembangunan.
Warna Putih: Melambangkan kesucian, kesegaran dan kebersihan.