- OBJEKTIF
Merealisasikan matlamat Kerajaan untuk menjadikan Pengerang sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baru Negeri Johor.
- Wawasan
- Berintegriti dalam melaksanakan setiap tugas sebagai Majlis Perbandaran Pengerang agar menjadi sebuah organisasi yang sentiasa dinamik, beridentiti dan beretika.
- Memastikan setiap kemajuan atau pembangunan akan berpandukan landasan dan garis panduan yang benar, telus dan amanah mengikut Akta Kerajaan Tempatan dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
- Sentiasa meningkatkan kemahiran pekerja agar dapat memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan dan cekap supaya dapat menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.
- Mewujudkan semangat perpaduan dan kesejahteraan dalam kerjasama di kalangan komuniti setempat.
- Menjadi sebuah bandar yang mementingkan kebersihan alam sekitar yang bersih dan kehidupan yang sihat.
- Bercita-cita menjadi sebuah ‘Smart City Pengerang’ dari segi urus tadbir kawasan, keselamatan, pemodenan dan perkhidmatan.