PERINGATAN COVID-19
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana iklan berkaitan kit ujian COVID-19 dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan sebagaimana yang disarankan oleh KKM.
Pembelian, penjualan dan penggunaan kit ujian COVID-19 di kalangan orang awam dikhuatiri akan meningkatkan penularan wabak COVID-19 kerana kit ujian yang dijual kepada orang awam mungkin tidak melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa Pakar Penilaian Kit Ujian COVID-19.
Berhati-hati sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual atau mengiklankan peranti perubatan ini di media sosial.
Sekiranya terdapat keperluan untuk menjalankan ujian COVID-19, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan ujian tersebut dari fasiliti kesihatan yang diiktiraf KKM.