MAJLIS PELANCARAN JOHOR BERSIH
Ayuh warga Pengerang, kita hadir beramai-ramai ke Majlis Pelancaran Johor Bersih 2022 yang akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi pada Sabtu 2 Julai 2022, bertempat di Pantai Batu Layar, jam 8.30 pagi.
Program Johor Bersih ini dilaksanakan untuk memastikan kebersihan di Negeri Johor amnya dan Pengerang khususnya berada di tahap yang terbaik
Sumbangkan tenaga dan keringat anda untuk sama-sama kita menjalankan tanggungjawab untuk merealisasikan agenda Johor Bersih!
Allah Peliharakan Sultan, Allah Berkati Johor..