MENU

CUKAI HARTA

Cukai harta adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) mengikut kuasa yang diberikan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kawasan pentadbiran adalah merangkumi lima (5) mukim iaitu Pengerang, Pantai Timur, Tanjung Surat, Sedili Kechil dan Johor Lama.

 

Cukai harta dikenakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan seperti penyelenggaraan perparitan, jalan, kebersihan kawasan awam, bayaran bil utiliti untuk kegunaan awam termasuk lampu-lampu jalan, kos pengurusan dan lain-lain perbelanjaan dalam menguruskan kawasan pentadbiran sesuatu pihak berkuasa tempatan. Antara faktor-faktor yang menentukan jumlah cukai harta adalah jenis kegunaan sesuatu pegangan, keluasan tanah, keluasan bangunan utama dan sampingan, jenis bahan binaan dan lain-lain faktor yang mempengaruhi nilai sesuatu pegangan.

Cukai harta boleh dibayar dua (2) kali setahun mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Penggal Pertama adalah dari bulan Januari hingga Jun manakala Penggal Kedua adalah dari bulan Julai hingga Disember pada setiap tahun. Tempoh bayaran bagi Penggal Pertama adalah sepanjang bulan Januari hingga Februari manakala tempoh bayaran bagi Penggal Kedua adalah sepanjang bulan Julai hingga Ogos.

<--pagebreak-->