MENU

 

 

 

Bantahan

Mengikut Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), pemilik yang tidak berpuas hati terhadap pindaan nilaian tersebut boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Pengerang di atas mana-mana daripada alasan berikut :-

  1. Sesuatu pegangan yang pada pendapatnya telah dinilaikan lebih daripada nilai yang boleh dikenakan kadar.
  2. Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar.
  3. Sesuatu pegangan yang tertinggal daripada Senarai Nilaian.
  4. Sesuatu pegangan yang pada pendapatnya telah dinilaikan kurang daripada nilai yang boleh dikenakan kadar.
  5. Sesuatu pegangan yang telah dinilai secara bersama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

Pemilik akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Pendengaran Bantahan yang akan ditetapkan dan boleh membawa dokumen sokongan atau Laporan Penilaian yang boleh menyokong permohonannya.